Us

Monday, April 18, 2011

Sunday, March 6, 2011

Curahan Hati II

'Menegakkan Benang Yang Basah'. yup memang itu yang ingin kau lakukan. tapi semuanya sudah menjadi bubur. aku hanya ingin kau berterus terang mengaku semuanya. mengapa mesti menidakkan perkara yang sememangnya engkau lakukan????

Belum puaskah kau mendustai ku selama ini? hanpir 3 tahun perkahwinan kita tapi kau calit dengan perbuatan dusta! Hati ku umpama terhempap ke batu. sakit hanya Tuhan yang tahu. Kuburkan lah keegoan mu. terangkan semuanya, itu yang ingin ku dengar, bukannya penafian.

Aku tahu itu kau! ku hanya ingin mendengar dari mulut mu mengaku semua kesalahan mu. Sampai bila kau ingin menipu ku? aku tidak mahu ikatan yg halal ini diselimuti dusta yang engkau lakukan. Hati ku tak kan tenang dan rumahtangga kita akan sentiasa goyah.

tolonglah.. jgn kau seksa jiwa ku lagi. cukup dengan apa yang telah kau buat selama ini. Sepandai2 tupai melompat akhirnnya jatuh ketanah juga. mungkin ini masanya Allah ingin menunjukkan perbuatan mu, agar kau kembali kepangkal jalan dan menghargai aku sebagai ISTERI mu...

............. speechless......... yg ku tahu aku tidak mempu mempercayai mu lagi selagi kau tidak berterus terang. pernah ku katakan, lepaskan aku, jgn seksa aku....

Saturday, February 26, 2011

Quotes that suits me at the moment

“Trust is like a vase.. once it's broken, though you can fix it the vase will never be same again.”

Wednesday, February 23, 2011

Curahan Hati

Mungkin penulisan ku kali ni jauh berbeza dari sebelumnya. yang pasti semuanya ringkas dan padat dan straight forward.

utk kesekian kalinya baru ada kesempatan utk ku meluahkan rasa yg terpendam selama ini.

rahsia suami isteri hanya suami isteri sj yg tahu. yg, memang benar, akan tetapi mampukah hati ini utk menanggung segala keperitan, penipuan, ketidakjujuran yg dilakukan oleh salah seorg darinya? akal dan fikiran tidak bersependapat membuatkan otak bercelaru dan mengabaikan kesihatan sendiri. kemana harus diluahkan perasaan ini? dipendam diri sendiri yang binasa. segala kerja terabai, tidak mampu menumpukan perhatian, ditambah lagi bebanan kerja yang diberikan.. hanya tuhan yang tahu perasaan dan keadaan ketika itu.

mungkin dgn cara ini dpt sedikit sebanyak mengurangkan seksa yang ditanggung. membuka pekung didada? ya mungkin tpi salah kah ia jika hanya ingin memberi keinsafan dan pengajaran kepada yang berkenaan? ku tepuk dada dan ku tanya diriku. tidak salah. mungkin ada yg tidak bersependapat dgn jawapan ini, tetpi ini aku dan ini kehendak ku. pemikiran ini terhasil mungkin kerana dari perasaan yang dihimpit oleh masalah yg menimpa.

facebook.. juga satu cara utk ku menghilangkan (walaupun tidak hilang sepenuhnya) masalah yang dihadapi.. sentiasa update status, post gambar, check in kemana diri pergi. ada yang meluat? sebelum menjwab soalan itu, mengapa tidak tanya, ok kah ia? ada masalah kah? inda apa, atu caranya? mungkin dgn pertnyaan2 seperti ini akan menenggelamkan perasaan meluat itu. setiap tingkahlaku ada penyebabnya dan itu lah antara sebab agar ku dpt meringankan bebanan yang ku tanggung.

hidup bersuami isteri memang mencabar. bagi ku ada 2 perkara penting dlm kehidupan bersuami isteri iaitu JUJUR dan PERCAYA. dlm diri ku aku tidak lengkap dengan salah satu darinya.. PERCAYA. aku tidak mampu utk mempercayai suami ku sendiri. mengapa? kerana semuanya berpunca dari perangai nya sendiri. mampukah kamu mempercayai suami kamu yang mendusai kamu? tidak mahu mengaku kesilapan yg dlakukan nya walhal perkara itu sudah terbukti dan bukti itu isteri sendiri mendapati? dgn bersumpah kepada Allah dia tetap tidak mengakuinya menambahkn lagi dan menipiskan lagi kepercayaan kepadanya. hendak menegakkan benang yg basah, mungkin itu yg ingin dilakukan nya..

sesungguhnya curahan ku ini tak kn berakhir disini. akan ku sambung dihari kemudian.. terima kasih kepada yg sudi membacanya..

Assalam....

Unappreciated