Us

Saturday, February 26, 2011

Quotes that suits me at the moment

“Trust is like a vase.. once it's broken, though you can fix it the vase will never be same again.”

Wednesday, February 23, 2011

Curahan Hati

Mungkin penulisan ku kali ni jauh berbeza dari sebelumnya. yang pasti semuanya ringkas dan padat dan straight forward.

utk kesekian kalinya baru ada kesempatan utk ku meluahkan rasa yg terpendam selama ini.

rahsia suami isteri hanya suami isteri sj yg tahu. yg, memang benar, akan tetapi mampukah hati ini utk menanggung segala keperitan, penipuan, ketidakjujuran yg dilakukan oleh salah seorg darinya? akal dan fikiran tidak bersependapat membuatkan otak bercelaru dan mengabaikan kesihatan sendiri. kemana harus diluahkan perasaan ini? dipendam diri sendiri yang binasa. segala kerja terabai, tidak mampu menumpukan perhatian, ditambah lagi bebanan kerja yang diberikan.. hanya tuhan yang tahu perasaan dan keadaan ketika itu.

mungkin dgn cara ini dpt sedikit sebanyak mengurangkan seksa yang ditanggung. membuka pekung didada? ya mungkin tpi salah kah ia jika hanya ingin memberi keinsafan dan pengajaran kepada yang berkenaan? ku tepuk dada dan ku tanya diriku. tidak salah. mungkin ada yg tidak bersependapat dgn jawapan ini, tetpi ini aku dan ini kehendak ku. pemikiran ini terhasil mungkin kerana dari perasaan yang dihimpit oleh masalah yg menimpa.

facebook.. juga satu cara utk ku menghilangkan (walaupun tidak hilang sepenuhnya) masalah yang dihadapi.. sentiasa update status, post gambar, check in kemana diri pergi. ada yang meluat? sebelum menjwab soalan itu, mengapa tidak tanya, ok kah ia? ada masalah kah? inda apa, atu caranya? mungkin dgn pertnyaan2 seperti ini akan menenggelamkan perasaan meluat itu. setiap tingkahlaku ada penyebabnya dan itu lah antara sebab agar ku dpt meringankan bebanan yang ku tanggung.

hidup bersuami isteri memang mencabar. bagi ku ada 2 perkara penting dlm kehidupan bersuami isteri iaitu JUJUR dan PERCAYA. dlm diri ku aku tidak lengkap dengan salah satu darinya.. PERCAYA. aku tidak mampu utk mempercayai suami ku sendiri. mengapa? kerana semuanya berpunca dari perangai nya sendiri. mampukah kamu mempercayai suami kamu yang mendusai kamu? tidak mahu mengaku kesilapan yg dlakukan nya walhal perkara itu sudah terbukti dan bukti itu isteri sendiri mendapati? dgn bersumpah kepada Allah dia tetap tidak mengakuinya menambahkn lagi dan menipiskan lagi kepercayaan kepadanya. hendak menegakkan benang yg basah, mungkin itu yg ingin dilakukan nya..

sesungguhnya curahan ku ini tak kn berakhir disini. akan ku sambung dihari kemudian.. terima kasih kepada yg sudi membacanya..

Assalam....

Unappreciated